Tentang Kami


                                       

Shaklee merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik kepada semua pelanggannya. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee yang berasal daripada Amerika.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan sehingga kini melalui matlamat syarikat untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan semula jadi serta menyokong kesihatan alam sejagat. Dengan prinsip asas ini, beliau telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”.

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju utama dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi dan kecemerlangan sains masa kini.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya. Apa jua yang anda perlukan, Shaklee harap anda dan keluarga tersayang akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.


Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung kepada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, dengan izin Allah. Shaklee membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang Shaklee keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 


SELAMAT

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat dan Tiada Tandingan.

Shaklee telah memulakan dengan sumber semulajadi dimana ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di seluruh pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian mereka menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru , terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan mereka meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Mereka tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk mereka adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Produk Shaklee :
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

BERKESAN

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi, Shaklee mempunyai bukti yang kukuh. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan Shaklee membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar meyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, ada diantara mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum mana-mana produk Shaklee menjadi milik anda, Shaklee telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang Shaklee katakan adalah benar.


MESRA ALAM

Shaklee Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 

" Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi" 
- Dr. Forrest Shaklee-

Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan Shaklee masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat Shaklee telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana Shaklee benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Shaklee Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Sains Shaklee


Shaklee menjadi peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, dan kini ia terus kekal menjadi juara secara saintifik dan disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk dalam beberapa percubaan klinikal bagi menjamin keberkesanannya sebelum diedarkan kepada masyarakat dunia. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!




Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyelidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan Shaklee. Shaklee juga telah merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani tahap dan taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.


jadi, apa tunggu lagi? bersedialah untuk menggunakan produk terbaik ini. Anda pasti berpuas hati. =)

0 comments:

 
2013 Sihat Akal Jiwa | Sihat Akal Jiwa for Shaklee Powered by: faiz technologies | 2013